Rombakan ‘kitchen cabinet’?

Oleh kamaluddin

 PAU 2007 telah selesai dan telah digulung dengan panjang lebar dan berpusing-pusing oleh Presiden.

Aku perhatikan sambutan PAU kali ini adalah yang paling dingin dalam sejarah UMNO. Aku sendiri berada disana sepanjang perhimpunan dapat merasakannya. Kedinginan tersebut mungkin mereka sudah tahu tiada apa yang baru dalam ucapan Presiden dan mungkin juga kalangan UMNO melasakan pilihanraya tidak akan diadakan dalam masa terdekat.

Bercakap pasal pilihanraya, pemilihan yang sepatutnya diadakan pada tahun ini ditangguhkan 18 bulan akan datang. Maknanya sehingga Mei 2009. Aku dengar Pak Lah bersama Radzi (orang yang pernah menjahanamkan UMNO) yang kurang faham perlembagaan cuba nak menangguhkan pemilihan sehingga 2009. Kerana tempoh tidak mengizinkan maka terpaksa juga diadakan pemilihan pada tahun 2008.


Daripada cadangan tersebut nyata mereka sebenarnya ingin menganjak Pilihanraya Umum sehingga penghujung 2008 atau awal 2009.

Mengapa Pak Lah hendak melewatkan Pilihanraya Umum? Jawapan mudah kerana beliau tidak ada keyakinan dan sedar beliau sebenarnya lemah.

Umpan ‘Corridor’ sebenarnya tidak memberi sebarang ‘impact’ kepada sokongan dalam pilihanraya, apalagi sokongan bukan melayu. Kalau dah banyak sangat ‘Corridor’ tetamu pun tak tahu nak melepak di ‘corridor’ mana satu. Jadilah ‘corridor’ tersebut macam tempat berhantu menunggu masa dirobohkan untuk dijadikan bilik beradu.

Dikhabarkan sebelum Pilihanraya Umum akan diadakan rombakan kabinet. Aku bersetuju sangat dengan rombakan ini bagi mengeluarkan tunggul mati dalam kitchen cabinet’ Pak Lah.

Aku paling bersetuju dalam rombakan ‘kitchen cabinet’ tersebut Pak Lah sendiri yang berhenti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: