Satu lagi pencapaian kerajaan Barisan Nasional

Oleh penarikbeca

hBersih sebenarnya mencipta banyak kejayaan dengan Perhimpunan Aman Bersih 10 November lalu. Antaranya ialah label ‘demokrasi ala-Malaysia’ yang semakin terkenal di seluruh dunia.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, selepas Himpunan Bersih 10 November (10 Eleven) baru-baru ini yang menyaksikan sekatan, tekanan serta keganasan polis, Malaysia telah dikenali dengan label demokrasi ala-Malaysia. Satu jenama baru untuk Malaysia di peringkat dunia.

Sebelum ini, orang kampung hampir semua dah tahu, hatta dalam senarai demokrasi terencat atau demokrasi bantut (flawed democracy) pun, negara kita mendapat nombor corot, nombor 81.

Agaknya, sebab itulah para pemimpin Umno dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri menyelap dan histeria dengan himpunan aman itu. Bangkai yang jenuh disorok semakin membusuk. Bagai yang disebut oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, something is rotten in the state of Denmark (Malaysia la..)

aBegitu pun, masih terdengar suara-suara kartun “polis bukan musuh kita” setiap kali polis hendak mengganasi perhimpunan aman rakyat. Masih terdengar suara-suara bingai kononnya kita tidak boleh bergaduh dengan SPR, kita bukan berlawan dengan SPR.

Saya benci sangat-sangat kalau ada penceramah PAS yang tiba-tiba memberitahu khalayak yang hadir kononnya “polis kawan kita” apabila ceramah diganggu atau diganasi polis. Apa? Dia ingat polis tu nak lembut hati kalau dia cakap macam tu? Polis nak segan kat dia ka, atau takut kat bos dia yang akan meminta laporan. Ada akal, pakai!

Umno, polis dan SPR memang sentiasa hendak memangsakan kita, Itu kerja mereka untuk mempertahankan kenikmatan dan kelazatan yang kini mereka kecapi. Masalah terbesar ialah kita – lebai tak tentu fasal.

Selalu berlaku apabila dapat berjumpa sekali dua dengan polis pangkat cabuk pun, apa lagi kalau dapat berjumpa dengan orang seperti Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan atau Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, terdapat satu dua pemimpin yang naik jakun dan menganggap mereka kawan kita.

Apalah yang jakun sangat sehingga boleh dibangangkan sampai begitu? Kita boleh berjumpa siapa pun, mendengar pandangan atau penjelasan siapa pun, tapi janganlah jadi macam lembu yang dipulas kepala. Orang nak termuntahlah!

Teringat pula si jakun yang bersungguh-sungguh dan penuh istiqamah membuktikan dia memang tidak layak dan tidak berhak. Si jakun itu tergedik-gedik dan menelefon sana-sini bila ketua cawangan khas daerah nak datang ke pejabat dia. Daerah ja!

Agaknya kalau dapat berjumpa dengan ketua cawangan khas Malaysia, punyalah seronok, mau berguling-guling atas tanah agaknya dia.

Satu Respons

  1. Now ACA has reopened 1998 case against Senior lawyer Datuk V.K. Lingam and has grilled him for more than seven hours, based on new issues (brought up by his brother) that have cropped up pertaining to a 1998 probe.
    Go H E R E

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: