BPR Memancing Manusia?

Oleh Dr Fikrah

 Persoalan yang ditmbulkan di sini sukar untuk dijawab, namun sudah pasti anda sendiri mampu membandingkan samada apa yang “berapi-api” yang dilakukan ketika ini merupakan satu wayang ataupun realtiti. Bingung juga, tiba-tiba sahaja, banyak pula berita berkenaan dengan “kecekapan” dan “kemantapan” BPR dalam mengendalikan kes-kes yang berkaitan.

Ia bermula dari kes VK Linggam yang sangat memalukan BPR seolah-olah hanya menunjukkan muka apabila dicubit. Tetapi hari ini, Berita Harian dan Utusan sendiri, banyak menceritakan bahawa orang-orang BPR “buat kerja”. Mungkin juga untuk menyedapkan hati rakyat, atau wayang semata-mata, atau memang mereka sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan.


Pelik juga, adakah joran diumpan untuk menggelapkan mata si ikan, atau hanya meletakkan joran tanpa umpan. Perihalnya seolah-olah BPR mahu menggunakan taktik merabunkan mata rakyat dengan berita-berita yang cuba menutup keaiban mereka terlebih dahulu, untuk memberi ruang kepada pimpinan yang lebih tinggi untuk melakukan rasuah.

Taktik pertama ini untuk mengelirukan rakyat dengan memaparkan bahawa BPR bergerak dengan aktif sehinggakan diberitakan oleh media sendiri. Dengan ini, apabila pimpinan yang lebih tinggi ingin melakukan perkara tersebut, rakyat yang terpengaruh dengan “keaktifan” BPR akan berfikir dua tiga kali sebelum membuat keputusan.

Semenjak si Correct.. correct itu sudah dilaporkan menghadiri soal jawab dengan BPR, banyak juga berita-berita yang disiarkan untuk menutup keaiban VK Linggam ini dan mengalih pandangan rakyat daripada melihat rasuah yang dilakukan oleh “orang-orang kuat” BN. Contohnya sepertimana yang telah disebut oleh Harakahdaily, tentang “hilang”nya kes Tun Khalil Yaakob yang melibatkan berbillion ringgit.

Sebelum kita memerhatikan umpan yang ditadah oleh BPR untuk memancing perhatian rakyat, marilah kita membaca berita-berita yang dicilpak daripada Utusan yang menggambarkan tentang “kecekapan” BPR melaksanakan tugas. Adakah mereka seorang pemancing yang professional atau hanya baru belajar memancing, sudah pasti umpannya tidak laku, kerana bukan semua ikan “bodoh”.

—————————— Utusan ————————————

Ahli Politik Terengganu Disiasat BPR

KUALA TERENGGANU 22 Nov. – Seorang ahli politik terkenal merupakan antara 70 individu yang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) di negeri ini sejak awal tahun ini berhubung maklumat kegiatan rasuah yang melibatkan mereka.
Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian berkata, kertas siasatan kes rasuah ahli politik berkenaan serta individu lain kini sedang disiapkan untuk tindakan lanjut.
Beliau bagaimanapun enggan memberitahu sama ada ahli politik itu mempunyai kedudukan dalam kerajaan negeri iaitu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Exco mesyuarat kerajaan negeri.

‘‘Identiti serta maklumat lanjut berhubung ahli politik ini hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap kelak,” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayob Yaakob di sini hari ini.
Menurut Sharuddin, sejak Januari lepas BPR Terengganu menerima 271 aduan dan maklumat berhubung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa di seluruh negeri didapati meningkat berbanding 259 maklumat sepanjang tahun lepas.
Jelasnya, daripada semua maklumat itu, 70 kes dibuka kertas siasatan kerana didapati mempunyai asas untuk disiasat.

Sambungan ………..
Ahli Politik Terengganu Antara 70 Disiasat BPR

KUALA TERENGGANU 22 Nov. – Seorang ahli politik di Terengganu adalah antara 70 individu yang disiasat tahun ini berhubung dakwaan terlibat dengan rasuah.
Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Terengganu, Sharuddin Sapian bagaimanapun enggan menjelaskan kedudukan serta bentuk kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh ahli politik itu kerana siasatan masih dijalankan.
“Kita tidak boleh dedahkan identiti ahli politik terbabit sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.
Sharuddin berkata, daripada 70 individu yang disiasat kerana didakwa terbabit dengan kegiatan rasuah, 20 orang merupakan kakitangan kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional dan 20 kakitangan sokongan dan bakinya orang awam serta pekerja swasta.

Sambungan …………….
BPR Siasat Tohmahan Baru Terhadap VK Linggam
PUTRAJAYA 21 Nov. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menyiasat tohmahan baru yang dibangkitkan terhadap peguam terkemuka, Datuk V.K. Lingam berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh adiknya, V. Thirunama Karasu di ibu pejabat BPR di sini semalam.
Timbalan Ketua Pengarah 1 BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, siasatan berhubung kes tersebut pernah dibuat oleh BPR pada 1998 dan kertas siasatan telah dihantar ke pejabat Peguam Negara.
Katanya, keputusan telah dibuat oleh pejabat Peguam Negara pada masa itu dan tiada sebarang pendakwaan dibuat terhadap Lingam.
‘‘Walau bagaimanapun ada tohmahan baru yang dibangkitkan oleh adik Lingam dan kita akan siasat kes ini… kita tengok apa yang boleh dibuat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Sambungan …………..

Hakim Mahkamah Syariah Hadapi 5 Tuduhan Rasuah

IPOH 20 Nov. – Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shafie hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima tuduhan meminta dan menerima rasuah melibatkan wang tunai RM5,200 dalam tiga kes berasingan antara Ogos dan September lalu.
Difahamkan beliau adalah hakim mahkamah syariah pertama di negara ini yang didakwa atas pertuduhan rasuah.
Dalam kesemua tuduhan yang dihadapi, Hassan Basri, 53, didakwa meminta dan menerima suapan daripada individu yang sama iaitu Mohamad Imran Abdullah yang bertindak sebagai orang tengah bagi ‘menyelesaikan’ satu kes melibatkan seorang pengusaha pusat hiburan dan dua kes poligami.

Sambungan ………

Hakim Syarie Didakwa Rasuah Hari Ini
IPOH 19 Nov. – Seorang hakim syarie yang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana dipercayai menerima rasuah sebanyak RM4,200 akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok.
Hakim kanan berusia 50-an itu akan didakwa atas enam tuduhan bagi tiga kes berasingan mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Beliau akan didakwa menerima suapan kira-kira RM3,000 bagi melepaskan jaminan tanpa mengikut prosedur kepada seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) wanita.
Beliau juga akan didakwa kerana menerima rasuah sebanyak RM1,200 bagi ‘menyelesaikan’ dua kes poligami.
Hakim berkenaan ditahan di pejabatnya oleh sepasukan anggota BPR pada 6 September lalu sejurus selepas BPR menerima maklumat daripada orang ramai.
Beliau ditahan selepas didakwa menerima suapan kira-kira RM4,200 daripada pihak terbabit iaitu sebanyak RM3,000 bagi kes GRO dan selebihnya bagi dua kes poligami.

Sambungan ……………

——————————– Tamat ——————————-
Sekiranya hendak ditunjukkan semua umpan-umpan yang dipasangnya, sudah pasti tidak akan selesai, kerana mereka memang menerima keaiban yang cukup teruk sehinggakan tidak mampu lagi untuk menutup keaiban tersebut. Mungkin inilah cara terakhir mereka mudah-mudahan orang ramai yang dianggap sebagai ikan, boleh memakan umpan mereka. Mereka mungkin tidak dapat membezakan ikan yang tidak mempunyai akal dan manusia yang boleh berfikir dan membandingkan perlakuan yang dilakukan oleh mereka.

Dr Fikrah

Satu Respons

  1. Kes-kes yang dibuka, yang ditutup lagi banyak, yang lama tak selesai macam kes khalil yaakub, macam kes pprt anuar musa dan lagi dan lagi, dan lagi….tak terkira….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: