‘Kuning’ dan demo jadi sindiran Ahli Parlimen BN

Oleh Azamin Amin

aKUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) – Biarpun telah 12 hari berlalu namun isu Himpunan Bersih 10 November masih segar dalam ingatan dan mendatangkan impak besar dalam negara sehinga mendatangkan ‘keresahan’ kepada Ahli Parlimen BN yang dilihat ‘fobia’ dengan pakaian kuning dan demonstrasi.

Lebih melucukan pihak pembangkang juga turut disarankan agar menonton filem ‘1957: Hati Malaya’ untuk mudah faham sejarah dan gaya hidup masyarakat negara, dipercayai menyindir ahli parlimen pembangkang yang terlibat dan menyokong himpunan rakyat tempoh hari yang sering kali dimomokkan sebagai ‘bukan budaya kita’.

Dalam soalan tambahan kepada Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Ahli Parlimen Larut Dato’ Raja Ahmad Shah mencadangkan supaya kementerian terbabit membeli filem tersebut untuk ditayangkan secara percuma kepada umum.

“Apakah kementerian bercadang untuk membeli filem ini dan ditayangkan secara percuma supaya yang di sebelah sana itu (pembangkang) lebih memahami sejarah hidup lebih murni, lebih baik.” katanya.

Namun soalan tambahan itu sempat dicelah ringkas oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Haji Abdul Fatah Harun dengan berkata :‘Dalam filem itu ada tunjukkan demo (demostrasi) untuk Merdeka’ dan dipercayai merujuk kepada babak yang menonjolkkan himpunan secara aman rakyat Tanah Melayu ketika itu menuntut kemerdekaan yang dianggap seolah-olah menyamai tuntutan rakyat 10 November lalu yang menggesa keadilan dilaksanakan di negara ini.

Dalam pada itu, menarik perhatian ramai dan menjadi usikan beberapa Ahli Parlimen kerana Setiausaha Parlimen Batang Lupar Dato’ Rohani Abdul Karim berpakaian baju kurung berwarna kuning.

Kedengaran seorang Ahli Parlimen BN menyatakan: ‘Walaupun dia pakai baju kuning, saya tetap setuju dengan apa yang dikatakannya,” sebaik sahaja Rohani menjawab soalan tambahan bagi pihak Kemenerian Pertanian dan Asas Tani.

“Apa masalahnya saya pakai baju kuning. Kenapa nak dibendung? No problem, niat kita bukan nak merusuh,” katanya yang dipercayai merujuk himpunan tersebut.

Dewan Rakyat dilihat sedikit hambar tambahan pula hanya kira-kira 30 ahli parlimen kelihatan hadir menyertai sesi perbahasan pagi tadi. – mns

Satu Respons

  1. Pasni kuar arahan dilarang pakai baju kuning plak dalam parlimen. Hehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: