Mashitah dan Pirdaus Hero dan Heroin Yang Sudah Tersungkur

Oleh Dr Fikrah

 Kemanakah hilangnya si Pirdaus dan Masyitah, Hero dan Heroin Hadhari yang dahulunya lantang bercakap, tetapi hari ini membisu, seolah-olah sudah putus asa dengan Pak Lah yang sampai sekarang membiarkan mereka berdua terkontang-kanting dengan tugasan mereka. Mereka berdua yang telah menimbulkan kepeningan sepanjang pemerintahan Pak Lah, semakin hari semakin senyap.

Adakah tugasan mereka menghadharikan masyarakat Melayu sudah selesai? Ataupun semakin mendapat tentangan? Ataupun sudah bosan menaikkan Hadhari yang dicerna dahulunya? Atau sudah kemabli ke pangkal jalan? Atau sedang tidur sahaja di rumah?

Sebelum munculnya dua tokoh hadhari ini, mereka sering dilihat sebagai tokoh agamawan yang berdiri dan bergerak di atas jalan yang lurus, tetapi semakin hamper dengan BN yang menghidangkan duit dan populariti di hadapan mereka, akhirnya mereka jatuh dan tersungkur memungut syiling-syiling yang bertaburan itu.

 Walaupun kita sudah sedia maklum bahawa mereka berdua sudah sememangnya tajaan UMNO, dan orang “didikan” UMNO yang juga hari ini telah dijadikan “hamba” UMNO dan dua orang ini akan terus jadi hamba. Bukanlah Islam yang mereka bawa tetapi Hadhari yang dicanang oleh Sekular sendiri. Hari ini semuanya sudah terealisasi di hadapan mata masyarakat, tetapi mereka hanya bisu melihat hasil Hadhari yang ditanam semenjak dahulu lagi.

Mereka yang dahulunya dikatakan “hero dan heroin”, hari ini sudah tidak dipandang lagi. Mereka hanya diperalat untuk pilihanraya sahaja dan untuk memberi kemenangan kepada BN semata-mata. Lihatlah nanti, ketika menjelang pilihanraya, mereka pasti akan muncul semula dengan lantang bersuara, kononnya membela nasib rakyat.

Pirdaus entah ke mana, Masyitah pula hanya wujud di dalam Metro menjawab persoalan-persoalan bukan sebagai seorang ilmuan, tetapi sebagai seorang motivator yang tidak pernah belajar agama. Apabila tersilap dalam menghuraikan hukum, tercetus isu besar yang menolak pandangan serongnya, tetapi dia masih lagi “gigih” mempertahankan kesalahan dan kesesatan yang dilakukannya. Nantikan dia muncul kali kedua, selama empat tahun sekali, untuk bermuka-muka di hadapan mata rakyat.

 Pirdaus pula, yang mencemarkan nama “ustaz” sering dijadikan bahan untuk “memajukan” UMNO. UMNO mengatakan bahawa “kami di BN dianggotai oleh ustaz-ustaz” sedangkan dia seorang sahaja yang dikatakan sebagai ustaz itu. Dia sememangnya sudah dijadikan benih oleh UMNO untuk mendapat gelaran “ustaz” lalu menggunakan nama tersebut untuk menipu rakyat.

Hari ini, dunia Malaysia yang dipenuhi dengan kemelut dan maksiat, kemanakah mereka? Hanya membuta tuli atau membisu seribu bahasa? Mereka yang dahulunya dikatakan mempertahankan Islam kononnya, hari ini terus senyap dan bertepuk tangan apabila melihat maksiat semakin merebak di hadapan mata sendiri. Kononnya dia seorang yang pandai berfatwa, hari ini sudah menjadi lipas yang tak reti apa-apa.

Di dalam penulisan ini, saya lebih suka menekankan tentang Heroin Hadhari, yang dahulunya pernah berfatwa mempertikaikan hukum Allah secara terang-terangan, tetapi hari ini, entah ke mana hilangnya. Pencuri yang entah tiba-tiba dijadikan topik olehnya di dalam sebuah ucapan, mendapat belaan daripadanya. “Buat apa kerat tangan pencuri, kita mesti bagi mereka kerja … ” ucapan beliau yang terang terangan menolak hukum Allah.

Adakah semua pencuri miskin? Islam berdiri dengan memberi kemudahan, bukannya menyusahkan. Islam meletakkan syarat-syarat dijatuhkan hudud, bukan menghukum manusia dengan kekejaman dan membuta tuli. Sudahlah tidak memahami spesifikasi hudud, bahkan terang-terangan menolak hukum Allah tersebut. Siapakah dia yang layak berkata demikian?

Ini belum lagi jika hendak dikaitkan dengan penghalalan berzina yang pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu. Mungkin semenjak fatwa sesatnya dikecam habis-habisan oleh para Ulama’, dia senyap tidak berkata, tetapi tidak pula pernah mengaku kesilapannya. Terus sahaja dipertahankan hukum “halal berzina”nya sehinggakan dengan selamba mengecam ulama’-ulama’ yang menolak fatwa sesatnya.

Si Pirdaus pula, agak cerdik sedikit berbanding Heroinnya, kerana dia sudah tahu yang dia tidak reti di dalam persoalan agama, lalu hanya berdiam diri. Tidak berani berkata-kata, bimbang dengan kata-katanya akan mencetuskan kotroversi. Dia bimbang, dia akan tersungkur seperti Heroinnya, oleh itu dia mengambil cara “senyap” sehinggalah dia dianggap hebat, sedangkan tiada siapa yang menganggapnya begitu.

Setelah mempelajari taktik “senyap” tersebut daripada Pirdaus, Masyitah pun cuba meniru dan mengaplikasikan taktik tersebut sehingga ke hari ini menjelang pilihanraya nanti. Janji duit poket masuk. Kalau duit poket aku tidak masuk, barulah aku lantang bersuara. Sama sahaja dua ekor tu. Memang mencari dunia dengan memperalatkan Islam.

Kemanakah mereka hari ini?

Satu Respons

  1. Buat habis berasje mak ayah dr.MA SHIT AH hantar dia belajar ugama sampai keMESIR balik jual ugama dengan harga yang sedikit mula-mula tu cik ani rasa sedih juga tengok perkembangan dr.mashitah dan tok imam FIRDAUS tapi satelah baca buku LA TAHZAN dok sedih doh leni sebab apa tau lagikan IBLIS yang jadi tok guru malaikat lagikan sesat dan dijamin masuk neraka.Begitu juga dengan kisah BAL’AM BA’URA yang mengikut kate pemimpin madyan supaya berdoa agar nabi Musa dan tenteranya sesat juga dilaknat ALLAH.Dah2 la tu cik ani doakan semoga kalian bertaubat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: