Polis Tangkap Penasihat Undang-undang Hindraf

Polis hari ini telah menangkap peguam P. Uthayakumar, penasihat undang-undang Hindraf (Hindu Rights Action Force) menurut Akta Hasutan pagi ini.

Polis juga telah mendapat perintah mahkamah untuk menyekat orang ramai daripada menganjurkan atau menyertai perhimpunan tersebut.

Malaysiakini melaporkan, Isnin lalu, polis menyerbu pejabat guaman Uthayakumar di Kuala Lumpur dan membawa bersama waran geledah untuk mencari buku yang kandungannya dianggap menghasut.

Lima anggota polis itu mengeledah pejabatnya di Jalan Bangsa, manakala 10 anggota polis lagi mengeledah pejabat adiknya, yang juga pengerusi Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), Waythamoorthy di Seremban, Negri Sembilan.


Bagaimanapun, polis tidak menemui buku tersebut di pejabat Uthayakumar.

bUthayakumar dan Waythamoorthy merupakan aktivis utama dalam penganjuran perhimpunan Ahad ini, yang telah diharamkan oleh pihak polis.

Perhimpunan itu anjuran Hindraf di mana Uthayakumar merupakan penasihat undang-undangnya.

Hindraf merancang untuk menghimpunkan 10,000 orang India untuk menyerahkan memorandum yang dialamat kepada Ratu Elizabeth ll untuk menyokong saman terhadap kerajaan British kerana membawa rakyat India untuk menjadi buruh di Malaysia dan dieksploitasi selama 150 tahun.

Mereka menuntut AS$4 trillion (RM14 trillion), iaitu untuk AS2 juta bagi setiap rakyat India yang tinggal di Malaysia.

Perintah larangan

Awal pagi ini, polis telah menemui Uthayakumar di kediamannya di Bangsar untuk menyerahkan perintah melarangnya daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Perintah tersebut, yang diperolehi dari mahkamah majistret Kuala Lumpur, melarang Uthayakumar, Waythamoorthy, para peguam M Mahonaran, S Ganapathy, R kengadharan dan semua penyokong Hindraf daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut kerana ia boleh membahayakan orang ramai.

vKetika dihubungi, Manoharan berkata, perintah itu melarang beliau dan yang lain daripada pergi ke bangunan Pesuruhjaya Tinggi British selama tujuh hari mulai 21 November.

“Notis itu diserahkan kepada saya pada jam 7.50 pagi tadi. Perintah tersebut dikeluar oleh mahkamah majistret Kuala Lumpur mengikut Seksyen 98 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Seksyen 98 memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah tersebut dalam kes-kes yang boleh menimbulkan gangguan.

Menurut Manoharan, perintah larangan tersebut dipohon oleh balai polis Cheras dan diserahkan kepadanya oleh anggota ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur.

Katanya, beliau akan membuat permohonan untuk mengetepikan perintah mahkamah tersebut.

Manoharan adalah antara empat peguam – yang lainya Uthayakumar, Waythamoorthy dan S Ganabathi Rao – yang ditangkap di Kampung Rimba Jaya di Padang Jawa, near Shah Alam ekoran perobohan sebuah kuil Hindu yang berusia 100 tahun.

2 Respons

  1. ala….gara-gara kerajaan kita cuba menindas rakyat malaysia.

    melayu, cina, india…tak kisah la bangsa ape…kena jugak.

    ambik ko, rakyat malaysia……!!!!l!!!!

  2. Saya sungguh kecewa dengan tindakan makamah yang mengeluarkan perintah ini.

    Sebagai rakyat Malaysia and sebagai manusia, kami tak ada kebebasan untuk menyuarakan perasaan yang terpendam didalam hati.

    Tindakan makamah seperti ini patut di ambil pada semua jenis prhimpunan haram, tetapi tidak dilakukan demikian semasa perhimpunan haram Keadalin, Bersih dan mungkin lain lain lagi kerana perhimpunan itu melibatkan kaun melayu.

    Kami kaum India tidak mempunyai seorang wakil yang jujur untuk menyempurnakan kemahuan kaum India. Samy Velu terlalu tamak dengan pangkatnya. Sepatutnya, sebagai seorang India ,dia patut meyokong seorang India yang lain yang sedia berjuang untuk kaumnya. Tetapi di Malaysia semuanya terbalik.

    Secara langsung dan terang, kini rakyat Malaysia telah sedar dan nampak bahawa kerajaan Malaysia dan ahli politik mengunakan Samy Velu sebagai jambatan terkutuk untuk mengasut kaum India supaya tidak bertindak terhadap kerajaan. Alangkah MALU untuk mendengar ada Samy Velu yang tak dapat menjaga kaumnya sendiri.

    Ya, bagaimana dia nak jaga kaumnya, malah keluarga dia pun tak boleh bersepakat dan dia tak pandai jaga keluarga dia sendiri pun.

    Sekarang dia menbawa anaknya kedalam politik. Habislah kaum India di Malaysia ini.

    Untuk memberhentikan semua ini, saya rasa hanya dengan mengulingkan kerajaan sekarang di Pilihanraya kali ini dan beri peluang kepada kerajaan parti bangkang. Dengan berlakunya ini, Kamu India ada peluang hidup bebas dari kianat seperti yang berlaku sekarang.

    Semua orang pergi ke Masjit, Tohkong, Kuil, Gereja and tempat-tempat suci seperti ini untuk sembahyang dan bukannya melakukan perkara yang tak diingini. Dengan melakukan sembahyang, kita akan ingat kepada Tuhan. Secara tidak langsung, kita akan membuat perkara-perkara yang baik.

    Tetapi kaum India kasihan : Kuil dirobohkan.
    Bagaimana hendak kami mengajar anak-anak kami untuk ingat kepada Tuhan?
    Semakin lama semakin banyak perkara-perkara yang tidak diingini sering berlaku seperti pembunuhan, rogol, gaduh dan sbgnya yang melibatkan kaum India.
    Sudah tentu akan berlaku seperti ini jika mereka tak diberi peluang untuk ingat kepada Tuhan!

    AHIRKATA ,

    KAUM INDIA PERLU BERJUANG UNTUK KAUMNYA SENDIRI WALAU APA PUN UNDANG-UNDANG YANG MENYEKAT KAMI.

    SEDIA UNTUK MENERIMA APA JUA RESIKO DEMI MEMPERTAHANKAN KEADILAN TERHADAP KAUM KAMI DI MALAYSIA INI.

    BERJUANG INDIA DI MALAYSIA. INDIA BOLEH.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: