Sah Tol Naik Tahun Depan !!

Oleh mujahid304

Samy Vellu, nama yang tidak cukup asing dikalangan rakyat Malaysia. Sebut sahaja menteri tol, terus terpapar wajah abang sam dengan ‘grammar’ Bahasa Melayunya yang lintang pukang. Syukur masih boleh faham lagi.

Akhbar Utusan hari ini kita dipertontonkan dengan isu tol yang sebelum ini menjadi satu kupasan yang cukup panas. Almaklumlah, pengguna-pengguna tetap lebuhraya bakal menerima hadiah kenaikan baru tahun depan. Mengambil kata menteri yang sudah berada lama di dalam Menteri Kerja Raya, “Kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM380 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya jika kadar tol tidak dinaikkan pada tahun hadapan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu.”

Kenapa sekarang bahu nak rungkai segala kemelut yang melanda atau adakah si Samy ni ada share dengan syarikat konsesi lebuhraya. Mana tahukan jika ada share lagi cepat Uncle Sam ni dapat income. Tapi dalam hal ini, Samy kena beringat jika Samy menaikkan harga tol ia merupakan satu ‘perjudian’ kepada rakyat dan rakyat sekarang sudah cerdik untuk berfikir melainkan rakyat yang masih buta hatinya dan masih terus menyokong kerajaan tanpa sebab yang munasabah.

Sudah sampai masanya kita mencari formula baru dengan mengubah kerajaan baru. jika sebelum ini si Samy dibabitkan dengan kesalahan rasuah dimana isu yang membabitkan keretakan MRR2 dan kali ini ia menggunakan isu kerugian RM 380 juta jika tol tidak dinaikkan. Malang sungguh nasib rakyat Malaysia yang dibebani dengan isu kenaikan harga dan tunggu sahajalah kenaikan harga minyak yang bakal merekodkan kenaikan tertinggi dalam sejarah di Malaysia. Undilah BN = Barang Naik !!!

Oleh YULPISMAN ASLI ( Utusan Meloyar )

KUALA LUMPUR 22 Nov. “ Kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM380 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya jika kadar tol tidak dinaikkan pada tahun hadapan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Beliau berkata, sebanyak lapan syarikat konsesi lebuh raya dijadualkan menaikkan kadar tol masing-masing pada 1 Januari 2008, sementara sebuah lagi pada 1 Oktober 2008.

“Kementerian Kerja Raya menganggarkan pampasan sebanyak RM380 juta perlu disediakan bagi tahun 2008 sekiranya kenaikan kadar tol tidak dilaksanakan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2008 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Samy Vellu berkata, pampasan RM75 juta lagi diperuntukkan kepada pengendali lebuh raya LITRAK di Kuala Lumpur ekoran pengurangan kadar tol daripada RM2.20 kepada RM1.60 yang telah diluluskan tahun ini.

Katanya, cadangan pembangkang supaya kerajaan mengambil alih pengurusan lebuh-lebuh raya di seluruh negara tidak boleh dilakukan kerana ia bakal membebankan dari segi kewangan kerana kerajaan terpaksa membayar sejumlah pampasan.

Malah, katanya, cadangan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) supaya Petronas mengambil alih semua lebuh raya di negara ini juga tidak dapat dilaksanakan kerana syarikat minyak negara itu perlu membelanjakan kira-kira RM300 bilion jika hendak berbuat demikian.

Sehubungan itu, katanya, pihak kementerian sedang mencari langkah-langkah alternatif bagi memastikan kadar tol yang dikenakan tidak membebankan rakyat.

“Saya sudah ada rancangan bagaimana mengurangkan beban pengguna. Kita sudah menghantar tiga cadangan kepada Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan,” katanya.

Menurut Samy Vellu, dalam menaikkan kadar tol, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada masalah yang bakal dihadapi oleh rakyat.

Mengenai tanggungjawab sosial yang telah dimainkan oleh syarikat konsesi seperti yang dibangkitkan parti pembangkang, beliau berkata, ia dapat dilihat berdasarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat seperti Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berjumlah RM1 bilion untuk melebarkan jalan daripada empat kepada enam lorong demi keselesaan pengguna.

Sumbangan sosial syarikat itu juga, katanya, boleh dilihat berdasarkan peruntukan sebanyak RM100 juta setahun untuk membaiki dan melebarkan jalan selain membayar gaji pekerja mereka.

kunjungi blog kami di
www.jasindaily.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: