UMNO: Parti autokrasi dan diskriminasi – Siri 1

Oleh : Tun Telanai

 Assalamu’alaikum wm.wrt,
Menjelang pilihanraya umum ke-12 [PRU Ke-12] tidak menjanjikan satu perjalanan proses pilihanraya yang mudah dan bersih bagi parti-parti pembangkang dalam mengharungi lautan politik tanahair. UMNO [bermaksud : 13 parti yang bergabung membentuk Barisan Nasional @ BN] mempunyai unsur kekuatan luaran amat ketara perbezaannya berbanding unsur dalamannya yang lemah.

Sekali pun beberapa aspek kekuatan itu telah kelihatan mulai terongkai, namun penggunaan sistem pilihanraya secara autokrasi dan diskriminasi menjejaskan peluang parti-parti pembangkang untuk melebarkan jaringan kekuasaannya di peringkat negeri [DUN] mahupun diperingkat pusat [Parlimen].

Sistem pemerintahannya adalah berasaskan parlimen yang dipilih menerusi pilihanraya ala-diktator dengan pelbagai parti [diikat dengan berbagai undang-undang hutan] yang diadakan secara berkala. Parti pembangkang [maksud : PAS, PKR dan DAP] giat bertanding dalam pilihanraya yang telah diadakan namun tidak berupaya melepasi halangan parti pemerintah UMNO yang telah memegang tampuk negara selama lebih 50 tahun. Pilihanraya Umum yang diadakan pada Mac 2004 [PRU ke-11] lalu dilaksanakan secara samseng@lanun-lanun jalanan menyebabkan pihak parti pembangkang mendakwa bahawa pihak UMNO telah menyalahgunakan kuasa mereka sebagai parti yang memerintah.

Pihak pembangkang telah memenangi 10 peratus atau 23 kerusi daripada 222 daripada kerusi parlimen yang dipertandingkan di samping mengekalkan penguasaan ke atas sebuah kerajaan negeri, iaitu negeri Kelantan oleh PAS, manakala negeri Terangganu yang dikuasai PAS telah dapat ditawan kembali oleh UMNO melalui stategi membawa pengundi luar mengundi di Terangganu. Selebihnya ialah UMNO memenangi 199 kerusi. Kemenangan yang besar ini menjadi sejarah pilihanraya di Malaysia. Perancang-perancang strategi dan taktik penipuan, penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa juga tidak menjangka [di luar jangkaan] yang UMNO boleh membentuk kerajaan sejumlah ¾ menguasai Parlimen.

Dilihat pada angka ini sahaja, dunia luar sudah menganggap negara ini bukan negara demokrasi tulin. Di mana-mana negara pun yang mengamalkan demokrasi tulin tidak akan memenangi sebesar yang UMNO menang itu. Di Amerika Syarikat dan di Britain [contoh negara yang mengamalkan demokrasi tulin], setiap pilihanraya, parti yang berkuasan tidak pernah mencapai kemenangan melebihi 60 peratus. Kemenangan besar ini hanya dimenangi oleh negara-negara yang mengamalkan demokrasi-autokrasi-diskriminasi seperti di Indonesia di bawah pemerintahan Suharto, di Filipina ketika Ferdinand Marcos memerintah, di Iran ketika Shah Iran menjadi Raja dan di Iraq di bawah Sadddam Hussein.

Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kebebasan pada badan kehakiman. Namun tindakan daripada pihak kerajaan, pindaan perlembagaan dan undang-undang serta beberapa faktor lain telah melemahkan kebebasan badan kehakiman di samping memperkasakan lagi pengaruh badan eksekutif ke atasnya. Rakyat dan orang luar pada umumnya mengetahui bahawa badan kehakiman di negara ini sudah tidak lagi bebas dan telus dalam membuat sebarang keputusan terhadap sebarang penghakiman. Hal ini adalah disebabkan terdapat campurtangan daripada badan pelaksana atau eksekutif iaitu anggota kabinet pemerintahan. Implikasinya, banyak kes berprofil tinggi mengalami campurtangan yang serius daripada badan eksekutif tersebut menyebabkan ada pihak yang meragui ketelusan dan keadilan badan kehakiman tersebut.

 Sementara itu, kini timbul isu-isu lama yang dibangkitkan semula ekuran pendedahan DS Anwar Ibrahim mengenai klip video menunjukkan VK Lingam sedang berbual [kononnya] dengan Ahmad Fairuz Syeikh Abdul Halim untuk menentukan pelantikan hakim-hakim kanan “yang sehaluan” dengan kerajaan. Dalam satu forum undang-undang bertajuk, “Krisis Kehakiman-Bagaimana hendak membetulkannya?” anjuran Institut Kajian Dasar [IKD] di Federal Hotel, Kuala Lumpur pada 18 November lepas, Tun Salleh Abbas [yang dipecat pada tahun 1988] telah bercakap mengenai isu-isu kehakiman khususnya selepas pendedahan video rakaman perbualan VK Lingam kepada para peserta forum.

Pendedahan tersebut turut mengimbau kenangan lalu berhubung penglibatan Ketua-ketua Hakim terdahulu iaitu Abdul Hamid Omar, Eusoff Chin dan kini Ahmad Fairuz [baru bersara pada 31 Oktober lalu]. Hamid pernah didakwa terlibat dengan rasuah oleh Ahli Parlimen Bukit Bintang ketika era akhir 80an dan awal 90an, Wee Choo Keong seperti melibatkan diri dalam perniagaan Syarikat Seri Azha Sdn Bhd, kekayaan melebihi dari kelayakan, menjual kereta mercedes benz 280SE no.plat WBD 1 kepada presiden @ cheif executif MBF Loy Hean Hong dan pertemuan dengan Loy pada jam 10.00 pagi di Supreme Court yang mana kes Loy masih lagi berjalan melawan MP Bukit Bintang itu. Malangnya tidak sebarang tindakan diambil terhadap Hamid, sebaliknya laporan polis dan laporan kepada BPR yang dibuat oleh Wee Choo Keong dianggap oleh Peguam Negara [ketika itu Mohktar Abdullah] sebagai laporan palsu dan Wee Choo Keong dihukum oleh Mahkamah Tinggi penjara dua tahun akibat laporannya itu membabitkan Hamid dianggap menghina mahkamah.

Hamid dilantik oleh Dr.Mahathir Mohamad sebagai pemangku Ketua Hakim Negara [selepas Salleh direhatkan menanti hukuman dipecat] dan beliau bertindak melantik Hakim-hakim yang lebih rendah kedudukannya dari Salleh dan Hamid bertindak sebagai Pengerusi pada tribunal bagi memastikan rancangan pemecatan Tun Salleh Abbas berjaya dan pada prinsip undang-undang Hamid tidak layak kerana beliau mempunyai kepentingan diri dalam kes ini. Dan akhirnya mengikut Perlembagan perkara 125(3) pada 8.8.1988 Salleh dipecat melalui sepucuk surat bertarikh 6.8.1988. Inilah merupakan sejarah seorang Ketua Hakim dipecat dan Mahathir mengukir namanya disitu.

Begitu juga ketika Eusoff Chin menjadi Ketua Hakim Negara beliau melanggar kod etika yang digubal oleh Abdul Hamid Omar seperti menurut perintah pihak eksekutif khususnya Dr. Mahathir agar semua kes yang bersangkutan dengan kerajaan [UMNO] supaya memihak kepada kerajaan. Umpamanya kes pengundi hantu di Likas yang mana Hakim Mohd.Kamil Awang menyebut orang atas [pastinya Eusoff Chin] menyuruh beliau membuang kes itu. Laporan polis dibuat, tetapi tidak ada siasatan dibuat dan Peguam Negera menyepi. Dalam waktu yang sama, mengikut pendapat Dr.Hussain Ali menjelaskan kemungkinan besar juga Eusoff Chin menyuruh Hakim Augustine Paul menolak petisyen yang dibuat oleh Dr.Jayakumar di Parlimen Sungai Siput, Perak.

 Satu peristiwa yang paling mencemarkan imej institusi ini ialah peristiwa percutian Eusoff Chin bersama keluarga, Mokhtar Abdullah, V.K. Lingam bersama keluarga dan Vincent Tan di Itali pada 10 hingga 22.12.1994. Berita percutian ini disiarkan oleh akhbar Asian Wall Sreet Jounal [AWSJ] oleh Raphael Pura. Percutian ini dianggap oleh akhbar itu sebagai percutian memilih hakim. Perlu diingatkan bahawa ketika itu Ketua Eksekutif Berjaya Group Berhad Vincen Tan menyaman MGG Pillai, Hasan Hamzah, Soh Eng Lim dan V. Thavannesan berpakat menyiarkan empat artikel yang kononnya berusurkan fitnah yang disiarkan dalam Malaysia Industri sebuah majalah niaga bulanan dan MGG.Pilai juga ada menulis satu artikal yang bertajuk ” Malaysian Justice On Trial In International Commercial Litigation” disiarkan oleh AWSJ yang dianggap mefitnahkan dan menjejaskan imejnya sebagai seorang tokoh korporat terkenal dan menuntut ganti rugi.Pada mulanya Hakim Dr. R.K. Nanthan menolak permohonan Vincen Tan. Peguambela Vincen Tan ialah VK Lingam [yang terlibat dengan isu klip video yang memanaskan punggung Abdullah Ahmad Badawi] tidak puas hati dan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Lingam mempunyai hubungan rapat dengan Eusoff dan Mohtar. Hasil percutian ini Hakim Mokhtar Siding ketika itu hakim Mahkamah Rayuan dan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Peguam-peguam dipilih mendengar rayuan Vincen Tan itu. Hakim Mokhtar mengarahkan tiga penulis termasuk MGG Pillai membayar kepada Vincen Tan sebanyak RM10 juta. Amat malang dan mendukacitakan bahawa kes keputusan oleh hakim ini dipinda, dipadam dan ditaip di pejabat VK Lingam sebelum dihantar kepada Mokhtar Siding untuk membaca keputusannya.

 Itu kisah lama yang dimainkan semula ekuran klip video Lingam yang didedahkan oleh media massa . Matlamatnya ialah untuk membuktikan bahawa DS Anwar Ibrahim tidak bersalah. Ia hanya satu konspirasi jahat yang dimainkan oleh pihak polis, Peguam Negara [rujuk surat Manjet Singh Dhillon [penguambela Nallakarupan dalam kes senjat api] bertarikh 12.10.1998 kepada Mokhtar Abdullah sebagai Peguam Negara berkaitan Abdul Ghani 4Tahil ketika itu sebagai Pendakwaraya mengugut akan mengenakan hukuman mati di bawah seksyen 57 ISA sebagai alat tawar menawar untuk mendapatkan bukti terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu sedang menghadapi perbicaraan terpanjang dan bersejarah di dunia] dan mahkamah melalui hakim-hakim yang mudah dibeli seperti Hakim Augustine Paul dan Hakim Ariffin Jaka bagi memastikan Anwar bersalah, sebab itu Mahathir perlu memecat Anwar daripada parti dan kerajaan. Konspirasi ini tidak akan berlaku sekiranya Anwar dengan rela hati berundur dan mengambil sikap tidak membuat penentangan terhadap Mahathir seperti yang dilakukan oleh Daim Zainuddin dan Abu Hassan Omar.

Bersambung siri ke 2 – “Proses Pilihanraya Dalam Negara Autokrasi dan Diskriminasi Adalah Satu Pembaziran “

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/

Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan, pengajaran dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: