Iklan dan promosi laman

Oleh Songkok Putih

 Saya baru pulang, kebetulan sampai ke rumah, azan maghrib kemundang, tutup pintu pagar terus ke rumah Allah, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, rumah saya terlalu hampir dengan rumah Allah.

Selepas solat saya terus ke rumah, walaupun ada kuliah maghrib pada hari ini, dan semasa saya menaip coretan ini, suara ustaz muda jelas kedengaran dan isi-isi kuliahnya memasuki gendang telinga saya… tetapi malangnya saya mungkin tidak dapat pahala ‘menadah kitab’.

Balik awal, sebenarnya bertujuan untuk melayari internet, melihat dan meneliti laman TKO yang masih berada dalam ‘wad ICU’ (masih dalam pemantau akibat sakit teruk sebulan lebih yang lalu..), ingin berhubung dengan sdr Greenbox pasal projek baru TKO yang saya beritahu dia sebelun Jumaat tadi.


Saya juga mendapat mesej daripada Admin laman ini untuk satu tindakan. Saya tak sebut lagi tindakan itu kerana pasti mengejutkan semua orang, kita lihat nanti, tak esok… paling lama pun lusa.

Iklan dan promosi

Saya terbantut untuk kerja-kerja utama saya selepas saya membaca mesej-mesej di Shout Box laman ini. Saya menyedari perkara ini dan memang berniat untuk membetulkannya dengan menghubungi individu-individu yang terbabit, tetapi rupanya dah ada orang yang berpendapat sama seperti saya.

Oleh kerana perkara ini menjadi perkara umum, saya mengambil keputusan untuk menulis di sini.

Ada dua ahli TKO yang selalu menyalah gunakan kemudahan yang ada dalam laman ini, saya tahu dan cukup mempercayai bahawa beliau tidak berhasrat untuk mengambil kesempatan atau demi kepentingan peribadi, tetapi saya lebih mempercayai bahawa beliau terlalu ghairah untuk menyampai mesej yang baik tetapi tidak memahami prosedur yang betul.

Yang pertama menggunakan ruang komen pada sesuatu untuk menyampaikan maklumat suatu laman atau sesuatu perkara yang penting sebenar bukan cara yang baik. Raung komen pada artikel adalah untuk memberikan komen atau apa-apa maklumbalas terhadap isu yang dibawa oleh artikel berkenaan.

Apabila kita membuat promosi pada ruang itu walaupun untuk tujuan baik, sebenarnya kita telah menganggu situasi dan dan ‘mood’ perkara tersebut.

Saya ingin mengambil contoh yang mudah untuk kita berfikir bersama. Katakan saya menulis satu artikel, sebagai penulis, saya juga ingin mengetahui apa komen atau respon pengunjung terhadap artikel saya. Bila saya buka laman TKO , saya nampak ada satu komen pada artikel berkenaan. Ini bermakna ada seseorang telah membuat komen pada penulisan saya. Saya perlu buka artikel itu untuk membaca komen berkenaan.

Tapi malangnya bila saya buka, saya dapati ada promosi untuk melihat video live. Apa perasaan saya??

Saya begitu suka kerana ada orang memberitahu saya malam ada live…
atau “menantang bengong mana pulak ni!!!”

Cuba kita fikir, adakah saya akan membuka artikel saya kalau tidak ada tanda komen… takkan saya gila nak buka dan baca artikel saya sendiri…

Atau saya sangaja membuka artikel itu untuk mendapatkan hits yang tinggi… ini cerita lamalah…

Ini satu contoh daripada banyak contoh & keadaan yang berlaku apabila kita tidak berfikir mendalam untuk membuat sesuatu perkara.

Nak promosi laman, maklumkan sahaja kepada webmaster atau pembantunya, pasti kami akan menyiarkannya. Kadang kala kami siar pada ruang utama laman ini.

Setakat saya ingat kami TKO akan menyiarkan links laman-laman lain, walaupun ada laman-laman berkenaan tidak menyiarkan links laman kami atau ada yang membuang links ke laman kami. Kami bukan jenis manusia berdendam, bukan jenis yang ada prasangka buruk. Kami berdiri diatas sokongan dan dorongan daripada manusia-manusia yang ikhlas berusaha untuk memastikan sistem penyebaran maklumat yang benar dan sahih.

Seingat saya yang membuat promosi laman tersebut belum pernah menghantar lamannya untuk dipromosi atau diletakkan dilinks terpilih kami..

Sebenarnya saya boleh letakkan links laman berkenaan walaupun tak diminta, tetapi sengaja tak lihat setakat mana…

Maaf jika apa yang dijelaskan disini mungkin tidak menyenangkan mana-mana pihak.

Yang kedua, menggunakan ruang hantar artikel untuk menyampaikan mesej atau saja-saja buat test. Yang saya sebut ini telah banyak kali melakukannya.. saya tak ulas panjang, harap maaf saya tak suka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: