KeADILan Bantah Pinda Perlembagaan Untuk Sambung Perkhidmatan Pegerusi SPR

Oleh suarakeadilan

aKuala Lumpur, 23 November – Presiden Parti KeADILan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah pada hari ini membantah tindakan kerajaan BN membentangkan Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda umur persaraan pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 tahun kepada 66 tahun di bawah Artikel 114(3).

Beliau, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh mengatakan bahawa tindakan tersebut jelas adalah percubaan untuk menyambung perkhidmatan Pengerusi SPR sekarang Tan Sri Abdul Rashid.

“Pindaan Perlembangaan adalah satu perkara yang serius dan perlu dibahas secara keseluruhan,” kata Wan Azizah. “Tindakan ini merupakan satu tamparan hebat kepada sistem demokrasi negara kerana BN cuba meminda Perlembagaan khusus untuk kepentingan seseorang individu.”

Wan Azizah berkata penyambungan perkhidmatan Tan Sri Abdul Rashid, yang dijangka bersara wajib pada 31 Disember ini, kerana ia adalah supaya SPR tetap menjadi alat BN untuk meneruskan penipuan dalam pilihanraya akan datang. Beliau memberi contoh pilihanraya DUN Likas di Sabah, pilihanraya kecil DUN Lunas di Kedah, dan pilihanraya umum 2004 di mana bilangan pengundi hantu mencecah ratusan ribu orang.

“SPR di bawah pimpinan Tan Sri Rashid telah menunjukkan perkhidmatan yang tempang kepada parti pemerintah,” kata beliau. “Perkhidmatan Rashid telah mencemar kewujudan SPR bukan sahaja dari kacamata parti-parti bukan pemerintah juga kebanyakan badan pemerhati politik dalam dan luar negara.”

Wan Azizah mencadang bahawa langkah pertama yang kerajaan harus lakukan adalah melantik Pengerusi SPR yang baru kerana Pengerusi hari ini telah merobek kewibawaan pemerintah.

“Hanya dengan reformasi dalam SPR kepercayaan rakyat dapat dipulihkan,” kata beliau lagi.

“Namun tindakan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan lantas menjangkaui kuasa Yang Di Pertuan Agong jelas membuktikan kerajaan pimpinan Abdullah Badawi begitu lemah hingga perlu memperalatkan SPR bagi mengekalkan kuasa.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: