Bila rakyat sudah tak takut polis tak hormat Menteri

Oleh chegubard

Jelas rakyat Malaysia sudah tidak takut Polis dan tidak hormat Menteri. Ini berlaku kerana polis sudah tidak menjunjung perlembagaan dan melindungi kepentingan rakyat, polis hanya tahu bertindak mengikut arahan tanpa mengetahui adakah itu sesuai dengan keluhuran perlembagaan. Polis juga tidak dipercayai apabila hampir semua pegawai atasannya sendiri.

10 November lepas menyaksikan 100,000 rakyat tetap turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpun dengan berani jelas mencabar Perdana Menteri sendiri yang mengatakan beliau pantang dicabar ! Walaupun polis menukar Ibukota ke suasana seolah berada dalam darurat tetapi lebih 50,000 tetap berjaya berkumpul di depan istana.

Hari ini sekali lagi Najib memberi amaran, Hishamuddin memberi ugutan kepada guru…malah seperti biasa polis umpama budak suruhan berdiri mempertahankan tuanya …. amaran agar jangan berhimpun…. tetapi lebih 10,000 masyarakat India dan dengan sokongan kaum etnik lain telah terus berhimpun. terlibat dengan rasuah dan tuduhan melindungi gangster dan penjenayah… Menteri pula memang telah hilang kepercayaan rakyat terhadapnya.. mendapat kuasa melalui penipuan (pilihanraya) dan setelah berkuasa rasuah dan salah guna kuasa menindas rakyat sendiri.

Apa salahnya memberikan hak rakyat berhimpun…. contohnya kalau takut jalan sesak beri HINDRAF mana mana stadium di Kuala Lumpur , tetapi malangnya bukan hanya tidak memberikan mereka hak berhimpun kehadiran polis menjadi punca utama jalan sesak.

Menjadi perkara biasa rakyat bangkit menuntut kebenaran dan keadilan dari bebanan sejarah, jika kerajaan tidak memberikan sokongan setidak tidaknya kerajaan memberikan ruang untuk rakyat menuntut keadilan dari bekas penjajah yang pernah memeras nenek moyang kita dan kesanya dirasai hingga kini. Di Korea Selatan buakn setakat ruang protes malah kerajaan turut terlibat menuntut keadilan buat rakyat mereka yang tersiksa oleh Jepun ketika perang. Malangnya di Malaysia kerajaan lebih bertindak penyambung warisan penjajah dan bukan sahaja tidak berani malah tidak menyokong usaha menuntut hak tersebut.

Contohnya hari ini untuk mempertahankan kedutaan dari menerima tekanan dan memorandum Polis yang dibayar gaji dengan cukai rakyat seolah menjadi Polis di bawah penjajah British memukul dan menangkap rakyat, sendiri.Gambar di atas contohnya sudah pasti akan digunakan untuk menggambarkan perhimpunan itu ganas dan merosakkan harta awam. Tetapi menurut saksi mata teman saya (berbangsa Melayu) yang turut mengikuti perhimpunan tersebut; ternyata Polis panik. Polis tidak menjangkakan sebegitu ramai orang mampu meloloskan diri dari sekatan jalan raya yang bersifat perkauman. Sejak semalam banyak sekatan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur dibuat dan menumpukan pemeriksaan kepada Kaum India. Awal pagi tidak dijangka ribuan mula berkumpul. Nampaknya taktik perhimpunan BERSIH yang diserap dari ilmu Korea Selatan digunakan kembali pagi ini. Peserta perhimpunan muncul dari perbagai arah.

Polis yang panik mula menyerang membabi buta, termasuk menyepak dan menghayun belantan sebarangan dan kerana itulah banyak pasu bunga dan tong sampah terbalik. Peserta perhimpunan ramai yang marah tetapi kebanyakan mereka bertindak non agresif. Mereka menyambut semburan air kimia dengan duduk… !!!!

Saya ingin membawa contoh perhimpunan 10 Nov. dimana polis berjaya diperdayakan oleh 3 kumpulan di situ tiada pertempuran dan tiada apa yang rosak malah kedapatan pelancong kehairanan dan kemudian seronok mengambil gambar. Sebaliknya di Masjid India Polis yang tertipu dengan 3 kumpulan yang berjaya bergerak ke Istana mula bertindak gila dengan melakukan keganasan fizikal dan di situ juga menyaksikan banyak kerosakan harta awam kerana dilakukan polis sendiri. Malah ada pelancong turut terkena gas pemedih mata ketakutan lari.
Hujah perkauman dan perhimpunan ini merbahaya kerana akan berlaku keganasan dan membangkitkan sentimen perkauman. Pertama rekod perhimpunan rakyat akan aman sehingga diganggu polis itu menjadi rekod jelas. Perkauman … ? HINDRAF menyaman kerajaan British apa yang Kerajaan Malaysia takutkan…? sepatutnya sokong dan buktikan bahawa Imperialisme sememangnya buruk dan memberikan kesan buruk dan kerajaan berusaha bersungguh membetulkan keadaan dan menuntut keadilan untuk rakyat yang terkesan akibatnya.

Isu perkauman hanya isu yang menjadi senjata penguat parti parti perkauman untuk terus berkuasa. Parti parti perkaumanlah yang menggunakan isu perkauman untuk terus berkuasa.

Apa yang berlaku hari ini membuktikan rakyat sudah bosan dengan penipuan pemerintah. Sistem yang kita ada hari ini kita warisi dari penjajah ia jelas gagal menjamin kesejahteraan rakyat terbanyak.

Abdullah, Najib dan semua ketua parti perkauman di Malaysia…buka mata !!! rakyat sudah cerdik… rakyat sudah berani dan tidak hormati kamu semua kerana kamu sudah tidak mampu mewakili aspirasi kami rakyat Malaysia….. jangan mainkan lagu lama ‘perkauman’…

Sekali lagi ditegaskan, bukan semua che’GuBard setuju dengan HINDRAF tetapi asasnya kami bersetuju iaitu bangun menuntut hak dan HINDRAF menuntut keadilan untuk etnik India bukan mengancam etnik lain.

Parti politik atau mana mana organisasi yang non perkauman dan bersifat Malaysia harus tampil segera berbincang dengan HINDRAF untuk meletakkan HINDARF dilandasan yang terbaik (jika ada perkara kecil yang tak setuju bincang dengan terbuka) dan jelaskan kepada rakyat terbanyak mengenai usaha menuntut hak ini agar tidak dimanipulasi oleh parti perkauman yang berkuasa.

Kepada teman – teman Melayu dan Cina atau apa sahaja etnik di Malaysia sampaikan kepada kaum anda tenang jangan termakan umpan perkauman yang disajikan…. rakyat bangkit membela hak itu bukan perkauman…. itu perjuangan menuntut keadilan…. Kita bangsa Malaysia….

Selama ini kita pelik bagaimana kawasan majoriti etnik India yang banyak ketinggalan merupakan kubu kuat BN… tetapi nampaknya teori itu akan berubah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: