Bila Si Bodoh Mengulas..

Oleh Dr Fikrah

 Seorang manusia yang memang menawarkan diri untuk dijadikan alat BN, tiba-tiba muncul dalam keadaan tidak tahu menahu langsung tentang perhimpunan 10 November lalu, tanpa segan silu membuat kenyataan yang luar dari fakta. Beliau yang bergelar Ketua Polis Negara, semacam bodoh apabila mengulas di Berita Harian.

Memang si penyangak berita, sudahlah memandai-mandai membuat kenyataan palsu dengan jelas, berkata pula tentang satu perkara yang luar daripada fakta. Di manakah kredebelitinya sebagai seorang Ketua Polis Negara? Tanpa sebarang siasatan, kajian dan pemikiran yang waras, dengan mudah sahaja dia boleh mengatakan dengan berpandukan nafsunya.

Utusan Malaysia 23 November, telah mendedahkan segala keceluparan mulutnya yang tidak patut terpacul dari mulut seorang Ketua Polis Negara. Tajuk di dalam Utusan tersebut, terpapar jelas mengatakan bahawa perhimpunan 10 November tersebut menjejaskan ekonomi negara. Benarkah? Logikkah? Apa kaitan di antara keduanya? Bacalah sendiri ulasannya..

——————– Utusan Malaysia 23 November ——————–

MELAKA 22 Nov. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata hari ini, tindakan penganjur perhimpunan haram semata-mata untuk mewujudkan demonstrasi jalanan yang tidak baik untuk ekonomi negara.

Beliau berkata, ada ‘tujuan tertentu’ pihak penganjur perhimpunan berkenaan selepas kali pertama dilakukan pada 10 November lepas.

“Pada saya, (perhimpunan haram) ini akan menggugat bukan saja keselamatan, tetapi juga ekonomi negara. Kalau nak menunjukkan negara hura-hara, ini tak betul,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas perhimpunan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang dirancang diadakan depan pejabat Suruhanjaya Tinggi Britain, Kuala Lumpur, Ahad ini.

“Saya nasihat orang ramai jangan terlibat dengan perhimpunan ini, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, perhimpunan Ahad ini menyentuh perasaan kaum lain yang boleh menimbulkan pergaduhan kaum dan difahamkan kumpulan kongsi gelap akan digunakan.

Musa juga berkata, bahawa kanak-kanak ditegah untuk menyertai perhimpunan itu dan ibu bapa boleh didakwa sekiranya mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

Katanya, di bawah akta kanak-kanak, mereka tidak harus dimanupulasi untuk sesuatu tujuan tertentu yang membawa kesalahan di bawah aspek undang-undang.

————————– Ulasanku ——————————

Berdasarkan berita yang diciplak tersebut, beberapa kepeningan yang amat sangat sudah pastibermain di minda manusia yang membacanya. Itu belum lagi dikemukakan kenyataan si Samy yang memang tidak tahu berbahasa Melayu. Kepeningan tersebut antaranya : Tajuk berita agak memeningkan

Langsung tidak ditulis dengan jelas apa yang dikatakan dengan menjejaskan ekonomi negara? Perhimpunan HINDRAF merupakan perhimpunan kali kedua setelah BERSIH?

Kenapakah dikaitkan perhimpunan tersebut dengan HINDRAF? Apakah kaitannya dengan kedua-duanya? HINDRAF merupakan satu pertubuhan sahaja, bukanlah sepertimana BERSIH yang dianggotai oleh banyak pertubuhan. Kenapa mengatakan BERSIH sebagai perhimpunan haram?

Perhimpunan BERSIH telah di”halal”kan oleh Paduka tanpa sebarang kekeliruan lagi. Kenapakah kerajaan membantah keputusan Paduka? Bukankah Paduka sudah memberi perkenan untuk menerima memorandum tersebut? Kenapa masih lagi dikatakan haram?

Kesimpulan

Kenapakah masih lagi mengatakan yang BERSIH itu haram sedangkan apa yang bersih sudah pasti sesuatu yang menyucikan, kenapakah ia tidak disukai? Kenapakah keBERSIHan itu dikatakan haram? Sekiranya perhimpunan tersebut dinamakan KOTOR, sesuai juga dikatakan sebagai perhimpunan haram.

Sebuah perhimpunan yang menuntut keadilan dipersalahkan dan ditohmah dengan haram? Logikkah? Siapakah yang betul dan siapakah yang salah? Bukankah POLIS mengotakan kata-kata mereka dengan slogan “MESRA CEPAT DAN BETUL”. Tetapi apa yang dilihat hari ini, mereka mengubah slogan mereka kepada “BUAT MENGIKUT ARAHAN WALAUPUN SALAH”. Bodohnya!

Dr Fikrah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: