Saya pantang dicabar…

Oleh Sang Kelembai

 Setelah anak menantu dia berucap penggulungan di Perhimpunan Pemuda UMNO dan meminta Polis menangkap mereka yang terlibat dalam perhimpunan halal yang diharamkan pada 10hb November 2007, Abdullah Hj Ahmad pula melanjutkan dalam ucapan penggulungan di dalam Perhimpunan Agung UMNO dengan mengatakan bahawa “Saya pantang di cabar”.

Jika dia berkata “Undang-undang jangan dicabar” mungkin sesuai kerana yang melaksanakan undang-undang diluluskan oleh Parlimen kebiasaan banyak dibebankan kepada Polis terutama undang-undang yang ada kaitan jenayah, ketenteraman awam dan keselamatan Negara.

Inilah yang menjadi asas sehingga seorang Duta Pertubuhan Ekonomi Eropah bercakap dengan beraninya bahawa Malaysia sebuah negara yang diperintah oleh undang-undang Darurat dan masih dalam Darurat.

Kerana kurang cekapnya sama ada penasihat JPM atau penasihat keselamatan yang sepatutnya menasihatkan Abdullah Hj Ahmad supaya jangan bercakap soal apa-apa akan Perhimpunan halal yang diharamkan oleh Polis di dalam Perhimpunan Agung UMNO, supaya Polis boleh bertindak atas undang-undang yang melindungi dia bertindak. Maka bila dia bercakap dengan nada “Saya pantang di cabar” menjadi tindakan Polis pada masa Perhimpunan halal yang diharamkan itu sudah tidak profesional kerana Polis sudah mengikut arahan orang politik atau Perhimpunan Agung UMNO yang terdiri dari anak menantu dan bapak mentua. Dan ini bukan yang dimaksudkan oleh Tun Razak bila mengujudkan Dasar Parti Menguasai Kerajaan.

Maka berkata setengah pihak bahawa Perhimpunan, Demonstrasi atau Tunjuk Perasaan itu bukan budaya kita. Memang benar bahawa semuanya itu bukan budaya kita tetapi budaya manusia sejagat dari asalnya Adam menduduki planet bumi ini. Tidak ada satu bangsa ini yang mengambil hak milik atau mendaftarkan sebagai harta intelek perhimpunan, demonstrasi dan tunjuk perasaan sebagai kebudayaan mereka.

Dalam Sejarah Melayu Moden dan dimulakan oleh Frank Swettenham, telah memperakui bahawa orang Melayu mempunyai sikap tunjuk perasaan dan segi kaca mata Frank Swettenham bahawa tunjukkan perasaan orang Melayu dimulakan secara perseorangan yang di kenali “amuk” yang dari segi mitos dimulakan oleh Hang Jebat bagi membela Hang Tuah yang dihukum bunuh oleh Sultan kerana fitnah ada hubungan sulit dengan gundik raja.

Kemudian banyaklah tunjuk perasaan dan demonstrasi orang Melayu yang berakhir dengan kekerasan dan peperangan, Perang Saudara di Selangor, Pemberontakan Dato Bahaman di Pahang, Peristiwa Tok Janggut di Kelantan dan Rahman Limbong di Terengganu dan banyak lagi peristiwa-peristiwa Perhimpunan, Demonstrasi dan tunjuk perasaan sampailah ke penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union. Bukankah ini sudah menjadi satu budaya di Malaysia . Cerdik pandai di IPTA/S yang belajar Sejarah, Kebudayaan dan Sains Sosial sesuai membuat tutur kepada Menteri Penerangan Malaysia yang tidak pernah melaksanakan “Pembelajaran Sepanjang Hayat”.

Dalam terminologi ilmu politik tunjuk perasaan atau demonstrasi dikenal sebagai satu bentuk penglibatan politik. “analisis sistem politik” yang dipelopori oleh dua orang sarjana sains politik Amerika ia itu Gabriel Almond bersama David Easton telah mengkategorikan demonstrasi sebagai bentuk penglibatan atau penyertaan politik non-konvensional.

Almond hanya membezakan apa yang dipanggil penyertaan politik konvensional hanya seperti membuang undi untuk memenangkan calon parti atau perseorangan, diskusi politik atau berkempen, atau membentuk dan bergabung dalam kelompok kepentingan, seperti tertubuhnya Perikatan dan Barisan Nasional atau juga Barisan Alternatif dan akhirnya berkomunikasi secara individual dengan orang politik termasuk pemegang jawatannya.

Begitu juga terminologi bahawa tunjuk perasaan adalah “demonstrasi protes” dan kalau dipinjam kategori menurut teori Michael C. Hudson dan Charles Lewis Taylor menyatakan bahawa demonstrasi sebagai satu bentuk konflik politik yang paling lembut atau tidak terlampau keras di antara bentuk konflik politik lain yang mungkin terjadi.

Maka bila anak menantu yang kelulusan hebat dan belajar sains politik tidak memahami istilah demonstrasi atau perhimpunan, bagaimana pula bapa mentua yang hanya berkelulusan pengajian Islam setelah gagal dalam pelajaran ekonomi.

Jika dua beranak ini termasuk yang di belakang tabir (pinjam ayat Zainudin Maidin) menjadikan Malaysia sebuah Kerajaan Tiga Beranak memahami demonstrasi atau perhimpunan dari konteks peristilahan itu, maka sebenarnya demonstrasi atau perhimpunan sebenarnya merupakan bentuk keberadaan politik yang sepatutnya dilakukan amalan politik di mana pun.

Malah UMNO sendiri pernah mengaturkan beberapa banyak demonstrasi semenjak 60 tahun kewujudan dia dan pada tahun lepas anak menantu Perdana Menteri mengetuai demonstrasi di hadapan KLCC dalam Mesyuarat Asean, membantah penglibatan Amerika di Lebanon sehingga memaksa ahli-ahli Pemuda UMNO memakai gelang berwarna oren.

Kalau dilihat perbandingan dari segi teori dan falsafah, Eric Hoffer adalah rujukan yang terbaik di mana beliau mengatakan bahawa gerakan demonstrasi atau perhimpunan sebagai gerakan yang dicirikan oleh terbangkitnya kerelaan pada para anggotanya untuk berkorban sampai mati; kecenderungan untuk beraksi secara bersatu padu; dimiliki fanatik, semangat, harapan berapi-api, kebencian, in toleransi, kepercayaan buta dan kesetiaan tunggal.

Menurut Hoffer, gerakan demonstrasi digerakkan oleh kaum kecewa yang fanatik, atau diistilahkan oleh Hoffer sebagai “the true believers”. Dalam konteks inilah demonstrasi atau perhimpunan yang dipanggil sebagai “parlimen jalanan” atau “aktiviti ekstra parlimen”, mengingat sifatnya yang menjalan fungsi pengimbangan kekuasaan dari luar parlimen’

Dan hari ini demonstrasi atau perhimpunan yang dibuat oleh mereka luar dari Parti Pemerintah di anggap sebagai satu ancaman. Bagaimana pun Kerajaan Tiga Beranak kena belajar betul-betul akan apa yang berlaku di Australia , bukan sahaja Parti Pemerintah boleh dikalahkan tetapi yang terpenting Perdana Menteri pun hilang kerusi Parlimen.

Sang Kelembai: Dengan menggunakan dwifungsi Polis sebagai pendukung Abdullah Hj Ahmad, rakyat mesti bersama memberikan kemenangan kepada pembangkang bagi tujuan menumbangkan kerakusan tembolok Abdullah Hj Ahmad dan keluarganya. Jangan fikir soal mencukupi UMNO ini sebagai Parti orang Melayu tetapi sebenarnya fahamilah seperti dialog filem Ringgit Kesorga; Siapa yang bahagia? Dia dan keluarganya! Melayu melopong.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: