TERKINI: FRU mula menembak ‘water canon’ ke Perhimpunan Hindraf

Oleh wartawan TKO

aPolis telah mula menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Hindraf di Jalan Ampang seawal jam 7.40 pag tadi. Kawasan itu yang telah diistiharkan “zon dharurat” sebelum ini dan sesiapa yang dilihat berada di kawasan tersebut akan ditangkap.

Sebelumnya pihak polis telah juga menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan di Ba aves dan KLCC.

Malaysiakini melaporkan, walaupun terdapat sekatan jalanraya dan kawalan ketat pihak polis bagi rakyat memasuki Kuala Lumpur hari ini, beribu-ribu rakyat berugama Hindu telah tiba bermula dari malam semalam.

Ada diantara mereka yang telah berada di Jalan Ampang berhampiran Hotel Nikko – yang jaraknya seperlaungan dari pejabat Pesuruh Jaya British – awal pagi ini.

Laporan terbaru menyatakan sekalipun telah ditembak dengan gas pemedih mata lke arah para peserta perhimpunan yang dianggarkan seramai 2,000 hingga 3,000 orang, mereka masih tidak berganjak dan memenuhi bahu jalan.

Jalan Ampang – di mana Kedutaan itu berada – dan tiga lagi jalan menuju ke arahnya telah ditutup sejak pukul 3 pagi untuk menghalang orang ramai dari masuk ke kawasan berkenan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: