VIDEO-VIDEO SEKITAR HARI PERBICARAAN HJ MOHAMAD SABU, PESERTA DAN UNIT AMAL YANG DITAHAN SEMASA HIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT

Berikut merupakan rakaman video catatan saya semasa hari perbicaraan Naib Presiden PAS Hj Mohamad Sabu, Tian Chua, Gobalakrishnan, peserta dan Unit Amal yang ditahan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bermula dari 9.00 pagi hingga 9.30 malam.

VIDEO 1

8 orang anggota Unit Amal dari Pahang, Kedah dan W.Persekutuan yang baru tiba di mahkamah pada pkl 9.00 pagi

VIDEO 2

Keadaan di lobi mahkamah yang dipenuhi pimpinan PAS dan KEADILAN, penyokong yang hadir serta peguam yang akan membela mereka yang terlibat

VIDEO 3

Dr Zulkifli Ahmad, TanSri Khalid Ibrahim dan Dr Syed Azman Syed Nawawi berbual-bual dengan anggota Unit Amal dari Kedah yang kena tahan.

VIDEO 4

Ketua Pemuda PAS Pusat YB Salahudin Ayub berbual-bual dgn petugas Unit Amal yang kena tahan.

VIDEO 5

Perbicaraan yang diadakan terlalu lewat kerana Ghani Patail sedang melakukan pendakwaan terhadap kes yang berbeza di Mahkamah Sesyen 1 berhubung kes penangkapan 5 peguam dan 4 aktivis yang melakukan perarakan di pusat membeli belah Sogo menuju ke bangunan Bar Council sempena Program Festival Hari Hak Asasi Manusia semalam telah berakhir sekitar pkl 7.15mlm.

VIDEO 6

Berlaku sedikit kekecohan serta tidak puas hati apabila hakim memaklumkan bahawa boleh menjamin OKT dengan wang tunai kerana bank sudah tutup tetapi bahagian daftar penjamin tidak mahu menerima wang jaminan secara tunai. Akhirnya setelah lama merayu, jaminan boleh dibuat pada keesokan hari dengan syarat perlu ada individu yang mencagar harta seperti geran tanah dll. Akhirnya seorang peguam cina dari Majlis Guaman telah berjasa kerana beliau sanggup menggunakan bon syarikatnya utk menjamin OKT agar mereka dapat dibebaskan malam itu juga.

VIDEO 7

Dr Hatta Ramli memberi taklimat kepada para penyokong yang sudi menjadi penjamin kepada tahanan.

VIDEO 8

Hj Mohamad Sabu & OKT yang lain dibawa ke kaunter daftar penjamin mengambil butir-butir diri.

VIDEO 9

Kelihatan Gobalakrishnan dan Tian Chua sdg minum air manakala Hj Mohamad Sabu sedang menjamu nasi bungkus di dalam tempat daftar penjamin disebabkan kelaparan setelah menunggu dengan agak lama perbicaraan.

VIDEO 10

Ucapan terakhir dari 3 orang pimpinan parti BA kepada para penyokong dan media sebelum pulang meninggalkan mahkamah pada pkl 9.30mlm


oleh :

M.S Abu Sahid

Setiausaha

Jabatan Amal Malaysia DPPP

3 Respons

  1. camne nak tgk ni
    x nampak apa pun.. buang masa tul lah

  2. teruskan perjuangan… kami para peyokong akan terus berada di belakang anda…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: